Friday, April 24, 2009

kenapa bila couple ni ada je masalah???atau ia di sebabkan oleh termocouple??

kali ni kesana kemari akan menceritakan kisah2 pasal l.o.ve....penah couple?tak penah??tipu la tu..penah clash??tak penah??bagus2..ni ada la tips2 kepada yg bercinta tu..sumber utama nya kosmo..sori la kosmo..tercurik lak artikel korg punya ni..bukan pe..nak bg ilmu..hehehe

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Thursday, April 2, 2009

pengubat tension dikala luka lara..


kesengalan berlaku disana..


kecik2 dah menyepak mak..beso2 tak tau la mcm mana.


yey yey..aku dah nampak..hehehe


ah..apa salah aku..aku tidak bersalah..tidak........


alahai..mati kang aku kalau kena ngan anjing2 ni


apo kono la pakcik ni..nak tunjuk boroi plak dia..ish3


ni la signbord org klate..


suka suki omak ekau yoo nak lalu ateh pala eden ni ha..nah amek ekau gigitan maut!!


sedia...1,2,3..!! dung2 ceng,dung2 ceng..eh..salah lagu nih..


pandu cermat jiwa selamat..tp bukan azman selamat ar..sediakanlah payung sebelum hujan

Friday, March 27, 2009

perginya kekasih hatiku.. :<

salam semua..bertemu kembali..tp kali ni cite sedih sket..kisah benar tanpa ada ubah suai walaupun satu..baca dan hayatilah..buatlah iktibar...

beberapa bulan sblm exam abah ada bgtau..mak demam..dah seminggu demam..hari exam SPM dah pun abes..esok boleh la aku balik kg..barang-barang kecik semua aku dah anta time balik kg ari tu..aku tak sabar-sabar nak balik umah nak makan mak masak..smp2 aku terus makan..pas exm aku just duk umah tak keje..try cari tp tak dapat gak..smp la satu hari mak demam panas..aku tak tau nak buat apa..aku call abah bgtau mak sakit..pas tu abah balik..abah bawak mak pi klinik..tak lama pas tu abah balik..tp aku pelik..aku tya kat abah..mak mana??abah bgtau mak kena masuk hospital p.buntar..ati aku ase tak sedap nape mak masuk hospital..aku hari2 p tgk mak, akak kena amek cuti nak jaga mak..sakit mak makin teruk..mak kena pindah masuk hospital taiping..tp tak lama lepas tu..mak tak dapat nak bertahan lagi..mak tak sedarkan diri n kena masuk kat wat ICU..aku lah yg jaga mak pas mak masuk hospital taiping..hari2 aku tido kat tempat menunggu tak sanggup nak balik..hati aku nak teman mak..tp abah suruk balik sbb aku dah lama tak balik..akak pulak yg jaga mak..tp aku tetap tgk mak tiap2 hari..1 hari akak call..'shah..abah mana?ada kat umah tak?mak makin teruk..dr kena masukkan tiub oksigen ikut mulut..akak tak tau nak buat apa..'aku pi cari abah kat bendang..bgtau kat abah..abah pun tergesa2 balik n aku ikut abah pi hospital..smp hospital aku aku lemah longlai tgk mak sakit mak makin teruk..kebetulan aku smp..aku tgk dr sedut kahak mak..walaupun mak tak sedar..tp nmpk badan mak tengah tahan sakit..aku tersandar kat tepi tingkap bilik ICU tu..bila tgk keadaan mak macam tu..aku sedar aku banyak buat salah kat mak..Allah bg aku peluang untuk aku tebus kesilapan aku ni..lepas sebulan lebih mak kat bilik ICU, mak makin lama makin sihat..dua minggu lepas keluar ICU mak boleh balik umah..aku rasa bersyukur mak boleh balik..hari2 aku yg buat keje umah sbb akak dah kena balik,nak keje pas lama amek cuti..bulan 2 result pun kuar n time tu mak dah boleh masak buat keje umah..n result aku ok la dpt 5a je..pas 2 aku kena masuk PLKN..bila aku masuk plkn ni..umah dah takde sape2.tinggal adik je lagi..aku tak dpt nak call mak tiap ari cz susah nak dpt duit syiling..nak call guna hp, hp kena amek.ari sbtu ahad baru bleh guna..abah bgtau mak kdng2 demam..satu harii tu, abah bgtau aku dpt masuk metrik..aku tak abeskan plkn aku..aku balik dlm 2minggu awal dari spttnya..bila balik plkn aku tgk ada bj melayu sepasang bergantung. aku tya mak, bj sapa tu..mak kata 'tu bj hg la, hg kan nak masuk metrik kena pakai bj melayu biru' tu la baju terakhir mak jahitkan tuk aku n smp sekarang aku simpan bj tu..aku pun masuk metrik..satu sem dah lepas..aku pun cuti..tp cuti aku tu, aku terpaksa tido kat hosptil lagi sbb mak sakit balik..hanya beberapa hari je aku tido kat umah n time tu mak ada tya..'ni pas blajaq hg nak jd apa?'tak tau la mak..nt kena isi borang u ni..tp tak tau nak mintak apa?'mak gtau..'susah2 hg jd cikgu la, mak pun suka tgk hg jd ckg' sbb dari tu la aku jd ckg..bukan sbb minat, bukan sbb cita2 aku..masuk balik crita pasal cuti td..bila cuti dah abes, aku trasa berat nak balik..tp nak taknak aku kena balik gak sbb kalau tak aku gagal, n kena buang metrik.aku balik dengan hati yg tak tenang..exm pertengahan sem2 pun start..aku tau mak sakit..aku jawap exm ngan fikiran berserabut..hari last exm hari rabu..tp aku mintak kebenaran nak balik awal..kat dlm bas abah call tya ada kat mana..aku dpt dengar suara abah lain je..abah bgtau..mak tengah nazak..aku tahan nangeh aku w'pun hati ni sedih sangat2..smp2 umah aku ikut pakcik aku p hospital..aku tgk kat katil mak ada doktor ngah cek mak..Alhamdulillah tak lama lepas tu mak sedarkan diri..aku tido kat tmpt menunggu lag..satu hari ni abah suruh aku balik tido kat umah.aku tak nak..tp abah ngan akak paksa gak aku balik..aku balik pun ikut ckp abah..esok abah call..mintak semua adik bradik dtg tgk mak..hari tu, mak mintak semua anak dia, cium pipi mak..tu la kali pertama time besar aku cium pipi mak aku..n aku tak dpt dah nak cium lagi sbb 2 hari lepas hari tu mak pergi meninggalkan aku buat selamanya..hati aku sedih sbb mak suruh aku jd cikgu..tp tak dpt nak tgk anak dia ni jadi ckg..mak pergi tanpa waktu aku memerlukan seorg mak sbb aku belum abis blaja..untuk mak..aku sedekahkan AL-FATIHAH......semoga mak tenang di sana..

kepada pembaca..igt lah mak anda w'pun dimana anda berada..jgn lah sakitkan hati dia w'pun dengan menyebut,"huh".hargailah dia selagi dia ada..tak ada siapa dpt menggantikan diri dia..
n trima kasih sudi membaca..

Monday, February 23, 2009

kemana hilang ahli ketoyong kalau bukan ke ocu omi

bertemu kembali dalam kisah kesana kemari
kali ini kita akan di sajikan ramuan2 berbisa dari warga2 ketoyong bagaimana mereka berjaya menjadi makhluk-makhluk bumi yang terkenal.

makhluk pertama...

sudirman @ pendownload cetak rompak berjaya
rahsia berbisa beliau:
cari web2 bahasa cina yang susah nak paham.
pas tu masukkan tajuk filem yang nak cari
download guna IDM
kalau tak bleh dapat dia cakap komputer ko tu p buang parit.
makanan kegemaran di ocu omi ialah telur mata kerbau 1!! air kosong 2.
jadi siapa yang nak berjaya macam beliau, makanlah apa yang beliau makan

makhluk kedua...
azman selamat @ jeman si org tua.
rahsia berbisa beliau:
makanlan tongkat ali..biar ali takde tongkat. bila malam menjelma beliau akan "azan" di balkoni selama beberapa jam sambil mendengar ceramah agama yang disampaikan melalui telefon oleh penceramahh terkemuka dari terengganu.."gua sanggup beb pi ganu nak jumpa penceramah tu"
makanan kegemaran: nasi goreng daging merah kedai awie di campur kacip patimah. kata2 beliau mengenai makanan itu" aku tua2 pun kederat kuat lagi beb..amalkan makan kacip patimah selalu!!"

makhluk ketiga...

taufik @ mamat counter strike terkemuka ketoyong.


ramuan berbisa beliau: "woiii..sapa tembak aku guna sniper??main tipu!!"
ha..tu la ayat beliau bila mati kena tembak..bila malam menjelma..speker dari bawah akan dipasang kuat2 nak bgtau kat sudir dia ngah main..
makanan kegemaran: nasi goreng hang tuah.di campur dengan telur dadar rangup yg kadang2 hangit..

**blogger cannot save this file because too long**
alamak..tak bleh nak taip lagi la..nanti aku sambung kat page lain

Thursday, February 12, 2009


PERJALANAN bermula di satu petang ari nak ujan....
jeng jeng jeng..terkejut la konon nya???hahaha..ni la gambar time nak pi mandi kat kalumpang..ari nak ujan lak tu..time pi mandi ritu,lat tak ikut..tah mana la ilang mamat sekor tu..aku pun dah lama tak mandi sungai ni..tringin lak nak mandi...dah dorang ajak pi mandi jadi i follow u je la..yang pi mandi ritu,aku topek wan hapis hisyam taufik hanip jeman ngan sudir..wan ngajo nak berenang..lawak siot cara dia ajar.tak senonoh gaya dia tu.hhahaa...sampai je kat situ tgk best gak tmpt nya..elok je nak mandi, tgk2 ada mat bangla mandi gak kat area2 situ..terbantut niat nak mandi..elok je bangla tu blah,kitorg pun mandi..mak eh..air sejuk tahap gaban..cam cipan lagi menggeletaq lutut..aku ni dah la kurus..jap je mandi dah sejuk menggigil..yg bes nya menyelam dapat tgk ikan2.pas ni kalu aku datang lagi, aku nak bawak pancing..nak pancing ikan 2 bleh buat lawak bg hapis makan..dia tu kuat makan sampai hisyam kutuk2 badan dia..hahahhaa..(jangan marah ar hapis..kenyataan yang jujur..)hahahaha...ari tu lat tak ikut..kalau dia ikut,dah sah mandi kat tepi je..lat fobia nak mandi sungai dah..ni gara2 nyarais mati time mandi sungai time ari ujan...lawak toi la ko ni lat..orang betina pun brani nak mandi sungai..hahaha..ni ada la gmbar time mandi kat kalumpang tu..














bleh tahan gak gambar yang aku amek ni..bleh jadik potograper nih..